Jadual Pengajian

Jadual pengajian bermula awal Januari. Taqwim pengajian tahunan akan diedarkan kepada ibubapa penjaga setiap tahun. Taqwim ini adalah untuk memudahkan pihak madrasah menjalankan aktiviti berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada ibubapa penjaga. Ibubapa penjaga dikehendaki benar-benar mematuhi segala ketetapan yang telah dibuat melalui jadual pengajian yang telah diedarkan.

Sebarang perancangan cuti seperti mengerjakan Umrah hendaklah dibuat pada masa cuti sekolah yang telah ditetapkan. Untuk mengelakkan daripada kekecewaan kerana permohonan cuti ditolak mestilah cuti yang dimohon tersebut berasaskan cuti kerana sakit atau kematian ahli keluarga secara tiba-tiba sahaja.

Madrasah sama sekali tidak akan menimbangkan permohonan cuti kerana menghadiri perkahwinan ahli keluarga atau mana-mana kenduri saudara mara sehingga tidak menghadiri kelas seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *