Syarat Kemasukan

CIRI-CIRI KELAYAKAN CALON PELAJAR MATAN

  • Pelajar berminat untuk mengaji dan menghafal Al Quran bukan dipaksa.
  • Pelajar bersedia untuk ditarbiyah atau dididik.
  • Pelajar bersedia mematuhi semua peraturan seperti yang ditetapkan di dalam Buku Peraturan Maahad.
  • Pelajar lelaki berumur 13 tahun keatas
  • Pelajar perempuan berumur 9 tahun – 15 tahun
  • Pelajar tiada masalah disiplin atau akhlak yang serius seperti merokok, membuli atau ponteng kelas dan seumpamanya sebelum memasuki maahad ini.
  • Ibubapa/penjaga serta ahli keluarga dikehendaki akur dengan peraturan-peraturan maahad yang di tetapkan, tidak dibenarkan campurtangan dalam hal ehwal pengurusan maahad atau  mempertikaikan sebarang ketetapan atau peraturan maahad tanpa sebarang alasan yang munasabah.
  • Pendaftaran untuk kemasukan baru adalah terbuka sepanjang tahun sekiranya ada kekosongan tempat.

 

BAGAIMANA MEMOHON ?

  • Temuduga
  • Isi borang Kemasukan Pelajar Baru 2016
  • Isi surat Aku Janji untuk mematuhi Peraturan Maahad
  • Salinan keputusan peperiksaan terakhir daripada sekolah lama
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah atau surat pengesahan sekolah lama
  • Salinan kad pengenalan/Surat Beranak
  • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga
  • Salinan Slip gaji Ibubapa/Penjaga
  • Foto bersaiz pasport 3 keping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *