Undang – Undang & Peraturan

i. BILIK

  • Pelajar akan ditetapkan bilik masing-masing
  • Pelajar tidak dibenarkan tidur dibilik selain daripada biliknya sendiri yang telah ditetapkan
  • Pelajar hendaklah sentiasa mematikan suis kipas dan lampu bilik apabila meninggalkan bilik untuk menghadiri kelas supaya lektrik dapat dijimatkan dengan sebaiknya.
  • Tidak dibenarkan membawa ibubapa penjaga masuk kebilik asrama tanpa kebenaran warden atau pengetua

ii. UNIFORM

  • 3 pasang jubah putih (beserta tanda nama yang dilekatkan pada sebelah atas poket), serban dan kopiah putih
  • 1 pasang baju outing/baju “Raihan” / uniform ke majlis rasmi.
  • 2 pasang baju T- Shirt Lengan Panjang(warna purple) – uniform rasmi kelas sesi petang.
  • 2 pasang T-Shirt Lengan Pendek(warna merah) – untuk acara sukan.
  • Kasut hitam /outing & stoking
  • Seluar panjang slack warna hitam
  • Seluar panjang/track untuk riadhah kasut riadhah

iii. DISIPLIN

  • Pelajar diwajibkan hadir perhimpunan mingguan pelajar pada setiap pagi Isnin pada jam 7.30 pagi.
  • Pelajar dikehendaki mematuhi jadual pengajian harian dan tahunan yang telah ditetapkan.
  • Pengetua , guru dan warden bertanggungjawab untuk memastikan akhlak pelajar sepanjang masa.
  • Sebarang pelanggaran disiplin akan dikenakan tindakan.
  • Untuk keterangan lanjut sila lihat Buku Peraturan Maahad.

iv. PERKARA YANG DILARANG

  • Merokok
  • Membawa telefon bimbit, barang elektronik seperti radio dan games.
  • Komik, majalah yang tidak berunsur Islam.
  • Permainan daun terup dan yang seumpamanya

* Ibubapa hendaklah faham bahawa barang larangan yang dirampas tidak akan dikembalikan sebaliknya akan disumbangkan kepada badan kebajikan atau dilupuskan.

v. KEBERSIHAN

  • Pelajar adalah bertanggungjawab untuk memastikan sentiasa bilik-bilik asrama dan kelas pengajian berada di dalam keadaan bersih.
  • Pakaian seragam maahad hendaklah sentiasa bersih.
  • Rambut hendaklah sentiasa pendek iaitu potongan rambut no. 2.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *